SINOPSIS

Kaedah 'ae' ialah inovasi jawi yang menggunakan beberapa kaedah dan formula untuk digunakan dalam mempelajari jawi di sampiing untuk menjayakan dan menyokong inovasi LASTKAD sebagai bahan yang mampu memberi kelainan dalam mempelajari jawi dengan bermain kad.

Thursday, June 2, 2011

AE BERSAMA PELAJAR-PELAJAR PMR

Pada 2 Jun 2011 AE terus diberi kepercayaan untuk membantu pelajar-pelajar SPM di SMK Bukit Mercu dalam satu program yang dinamakan Perkampungan Ilmu. AE telah diberi satu slot ceramah selama 3 jam bermula jam 10.00 hingga 1.00 petang.


Al-Hamdulillah para pelajar sangat teruja dengan kaedah AE sistem ini. Bagi pelajar yang tidak mahir dalam tulisan jawi dapat menulis apa jua perkataan jawi dan kepada pelajar yang telah mahir juga mendapat manfaatnya kerana dengan mempelajari jawi AE sistem ini mereka dapat menyemak ejaan mereka sama ada betul atau salah.