SINOPSIS

Kaedah 'ae' ialah inovasi jawi yang menggunakan beberapa kaedah dan formula untuk digunakan dalam mempelajari jawi di sampiing untuk menjayakan dan menyokong inovasi LASTKAD sebagai bahan yang mampu memberi kelainan dalam mempelajari jawi dengan bermain kad.


Thursday, September 30, 2010

AE DI SMK MEGAT KHAS, IPOH


AE bersama dengan pelajar-pelajar dari SMK Megat Khas, Ipoh. AE di adakan di Surau sekolah dan telah mendapatkan timbal balas yang cukup baik dan memberangsangkan. Terima Kasih kepada Ustazah dan ustaz yang memberi peluang anak muridnya mempelajari jawi ae system. Mudah-mudahan ada perubahan ketara dalam mempelajari jawi di sekolah. syukran

Wednesday, September 29, 2010

AE BERSAMA PELAJAR-PELAJAR SMK MATANG, TAIPING



Syukran kepada Ustaz Ahmadan yang telah beberapa kali memberi kepercayaan penuh kepada AE untuk membimbing anak muridnya dari kalangan pelajar PMR dan SPM. Sambutan yang menggalakan dari pelajar telah membawa AE ke SMK Matang Taiping untuk kali yang 4 lantaran perubahan yang ketara kepada pelajarnya di dalam peperiksaan yang lalu. Bersyukur AE kepada Allah SWT dengan nikmat kurniaan ilham demi untuk memartabatkan jawi.

AE SYSTEM DIPERKENALKAN KEPADA GURU-GURU SABK




Guru-Guru Agama SABK Daerah Kuala Kangsar, memberikan perhatian sepenuhnya kepada ae System. Sangat memberangsangkan dan menyeronokkan belajar kaedah terbaru. Terima Kasih sokongan ustaz dan ustazah terutamanya Ustaz Megat Pengetua tuan rumah yang telah memberi layanan yang baik. Semoga ae system dapat membantu anak murid antum semua.

AE SYSTEM BERSAMA JQAF KINTA UTARA



Jawi ae system waktu baru masuk era AE2 namun ia diharap dapat membantu anak-anak murid kita terutamanya yang lemah dan sangat lemah. Namun hari ini AE2 telah mantap dan meluas. Kepada ustaz Shamsudin PPD Hulu Selangor, saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan dan kepercayaan kepada jawi AE System. Syukran...!!

AE SYSTEM DI ULU SELANGOR



Gpi dan jQaf daerah Hulu Selangor telah didedahkan dengan kaedah jawi ae System selama 2 hari. hari pertama untuk guru-guru sekolah rendah dan hari kedua untuk sekolah menengah.


Tuesday, September 28, 2010

AE SYSTEM DI SMK PINJI


Khusyuk mendengar kaedah jawi ae system yang selama ini jawi dianggap suatu yang sukar dipelajari. Tahniah kepada ustazah SMK Pinji, Ipoh yang berjaya mengadakan Pogram Celik jawi dan terima kasih atas sambutan yang menggalakan dan diluar dugaan.

Wednesday, March 3, 2010

ANA TELAH KEMBALI

Assalamualaikum....
Rakyat Malaysia khususnya para ustaz dan ustazah GPI dan j-Qaf,

Lama sudah ana tidak mengemaskini blog jawi ae system ana ini kerana sejak kaedah jawi ae system ini ana perkenalkan, komitmen ana banyak di luar berbanding dengan duduk menghadap latop ini. Ana memohon maaf kepada peminat dan pejuang jawi terutamanya antum dan antunna yang memberi maklum balas samada mengenai kaedah jawi mahupun yang berminat untuk mendapatkan cd jawi atau kad magik.

Sebenarnya,
Semenjak, ana memperkenalkan kaedah jawi ae system ini, banyak jemputan dari sekolah, Pejabat-pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran negeri dan termasuklah jemputan dari pihak kementerian sendiri. Biasanya jemputan yang ana terima adalah untuk pelajar-pelajar PMR, SPM dan untuk guru-guru agama termasuklah guru-guru j-Qaf.

Dalam pada itu, blog ini terpaksa dikemaskani supaya lebih mesra pelaggan termasuklah membaiki kelemahan-kelemahan tertentu demi untuk memudahkan lagi pelawat setia laman ini.

Wassalam