SINOPSIS

Kaedah 'ae' ialah inovasi jawi yang menggunakan beberapa kaedah dan formula untuk digunakan dalam mempelajari jawi di sampiing untuk menjayakan dan menyokong inovasi LASTKAD sebagai bahan yang mampu memberi kelainan dalam mempelajari jawi dengan bermain kad.


Wednesday, March 3, 2010

ANA TELAH KEMBALI

Assalamualaikum....
Rakyat Malaysia khususnya para ustaz dan ustazah GPI dan j-Qaf,

Lama sudah ana tidak mengemaskini blog jawi ae system ana ini kerana sejak kaedah jawi ae system ini ana perkenalkan, komitmen ana banyak di luar berbanding dengan duduk menghadap latop ini. Ana memohon maaf kepada peminat dan pejuang jawi terutamanya antum dan antunna yang memberi maklum balas samada mengenai kaedah jawi mahupun yang berminat untuk mendapatkan cd jawi atau kad magik.

Sebenarnya,
Semenjak, ana memperkenalkan kaedah jawi ae system ini, banyak jemputan dari sekolah, Pejabat-pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran negeri dan termasuklah jemputan dari pihak kementerian sendiri. Biasanya jemputan yang ana terima adalah untuk pelajar-pelajar PMR, SPM dan untuk guru-guru agama termasuklah guru-guru j-Qaf.

Dalam pada itu, blog ini terpaksa dikemaskani supaya lebih mesra pelaggan termasuklah membaiki kelemahan-kelemahan tertentu demi untuk memudahkan lagi pelawat setia laman ini.

Wassalam