SINOPSIS

Kaedah 'ae' ialah inovasi jawi yang menggunakan beberapa kaedah dan formula untuk digunakan dalam mempelajari jawi di sampiing untuk menjayakan dan menyokong inovasi LASTKAD sebagai bahan yang mampu memberi kelainan dalam mempelajari jawi dengan bermain kad.


Saturday, March 26, 2011

SEPETANG BERSAMA PELAJAR MAAHAD AS SHAFIE, IPOH

Pada 25 Mac 2011 bersamaan hari jumaat, jam 2.30 pm, ae telah menjejakkan kaki ke SABK Maahad As Syafiee , Ipoh. Di sana sekali lagi Ae diberi amanah untuk membantu pelajar-pelajar dalam memahami jawi.

Seramai 60 orang pelajar sekolah tersebut telah didedahkan dengan jawi ae system. Alhamdulillah setelah dapat memahami prinsip dan kaedah Ae, pelajar-pelajar telah dapat menulis jawi dengan baik. mudah-mudahan mereka terus menjadi pelajar yang tetap memartabatkan jawi. Insyaallah.

Friday, March 4, 2011

AE BERSAMA USTAZ DAN USTAZAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH LARUT MATANG SELAMA

AE terus menjelajah semakin jauh dan banyak menerima jemputan ceramah. Malah tahun 2011 merupakan tahun permulaan yang amat menyibukkan kerana banyak sekolah telah menempah tarikh-tarikh untuk pada setiap bulan bagi memberi laluan kepada ae memperkembangkan kaedah jawi inovasi ini.



Kali ini iaitu pada 05.03.2011 bersamaan hari Sabtu, AE bersama-sama dengan ustaz dan ustazah sekolah menengah daerah Larut Matang Selama. AE mengucapkan berbanyak terima kasih kepada PPD LMS dan Panitia Agama Islam Daerah LMS kerana memberi kepercayaan kepada jawi ae sistem ini.
AE juga mengucapkan terima Kasih kepada pengerusi Panitia Agama Islam daerah LMS kerana menjemput AE ke sana. Sambutan amat memberangsangkan dan berharap semua ustaz dan ustazah dapat mengaplikasikan kaedah tersebut kepada pelajar-pelajar di sekolah dan sesama rakan guru.