SINOPSIS

Kaedah 'ae' ialah inovasi jawi yang menggunakan beberapa kaedah dan formula untuk digunakan dalam mempelajari jawi di sampiing untuk menjayakan dan menyokong inovasi LASTKAD sebagai bahan yang mampu memberi kelainan dalam mempelajari jawi dengan bermain kad.


Monday, March 26, 2012

SATU JAM

Suatu hari seorang anak kecil datang kepada ayahnya dan bertanya :

”Apakah kita bisa hidup tidak berbuat berdosa atau kesalahan selama hidup kita…?“

Ayahnya memandang kepada anak kecil itu dan berkata :
”Tidak, nak…itu hal yg mustahil… “

Putri kecil ini kemudian memandang ayahnya dan berkata lagi…

”Apakah kita bisa hidup tanpa berdosa dalam setahun…?”

Ayahnya kembali menggelengkan kepalanya, sambil tersenyum kepada putrinya…tidak wahai putri kecilku…

”Oh ayah, bagaimana kalau 1 bulan, apakah kita bisa hidup tanpa melakukan kesalahan?”

Ayahnya tertawa…
”Mungkin tidak bisa juga, nak…”

”OK… ayah, ini yang terakhir kali…

Apakah kita bisa hidup tidak berdosa dalam 1 jam saja…?”
Akhirnya ayahnya mengangguk…
“Kemungkinan besar, bisa nak…”

Anak ini tersenyum lega…dan berujar:

”Jika demikian, aku akan hidup benar dari jam ke jam, ayah…

Lebih mudah menjalaninya, dan aku akan menjaganya dari jam ke jam, sehingga aku dapat hidup dengan benar… “

Pernyataan ini mengandung kebenaran sejati… Marilah kita hidup dari waktu ke waktu, dengan memperhatikan cara kita menjalani hidup ini…

Dari latihan yang paling kecil dan sederhana sekalipun…
Akan menjadikan kita terbiasa…(kebiasaan)

Dan apa yang sudah biasa kita lakukan akan menjadi sifat…

Dan sifat akan berubah jadi karakter… dan karakter inilah yg menjadi ‘nasib kita’…

Semoga kita dapat mengambil ‘ibrah, pelajaran’ dan dpt mengamalkannya. Amin x 3 yaa rabbal’alamin

Sunday, March 25, 2012

SENARAI TERKINI PERJALANAN AE KE TEMPAT ANDA TAHUN 2012


1. 28 OKTOBER 2011
HOTEL GOLD COURSE
KLANG
PEMBENTANGAN HASIL INOVASI SEMPENA MAJLIS ANUGERAH
PERKHIDMATAN CEMERLANG SABK
DAN SMKA 2010

2. 10 FEBRUARY 2012

SK LANEH, KUALA KANGSAR
BENGKEL JAWI TAHUN 6


3. 18 FEBRUARI 2012
SK MANJOI DUA
IPOH
PEMULIHAN JAWI, INOVASI JAWI
AE SYSTEM

4. 04 APRIL 2012
SABK PADANG RENGAS

KUALA KANGSAR


5. 20-21 APRIL 2012
SMK LIKAS, SABAH
BENGKEL JAWI INOVASI AE

PMR DAN SPM

LOGO BARU AE 3

Masih bertemakan kepad 'AE' versi ke-3. berlatarkan bentuk empat segi berwarna merah sebagai simbol kepada Inovasi saya yang baru iaitu 'LASTKAD'.

Lastkad merupakan satu bentuk permainan kad jawi. Melalui Lastkad, pelajar dapat belajar jawi dengan bermain kad tersebut. Permainannya cukup mudah. Pelajar hanya perlu menyusun perkataan dengan kad yang disediakan. Setelah membuang kad yang tertentu, tulisan jawi akan terbentuk apabila kad yang terakhir diterbalikkan.

Inovasi 'LASTKAD' telah memenangi tempat Ke-3 di peringkat kebangsaan sempena Perayaan Hari Guru yang diadakan di Sarawak pada bulan Mei tahun 2011 yang lalu.

Thursday, June 2, 2011

AE BERSAMA PELAJAR-PELAJAR PMR

Pada 2 Jun 2011 AE terus diberi kepercayaan untuk membantu pelajar-pelajar SPM di SMK Bukit Mercu dalam satu program yang dinamakan Perkampungan Ilmu. AE telah diberi satu slot ceramah selama 3 jam bermula jam 10.00 hingga 1.00 petang.


Al-Hamdulillah para pelajar sangat teruja dengan kaedah AE sistem ini. Bagi pelajar yang tidak mahir dalam tulisan jawi dapat menulis apa jua perkataan jawi dan kepada pelajar yang telah mahir juga mendapat manfaatnya kerana dengan mempelajari jawi AE sistem ini mereka dapat menyemak ejaan mereka sama ada betul atau salah.


Monday, May 30, 2011

JAWI AE SYSTEM DI SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM



Pada 26 Mei 2011 bersamaan hari khamis, AE telah diberi penghormatan untuk membantu para pelajar PMR SMK Raja Perempuan Kelsom. AE berbangga dengan penghormatan yang diberikan malah merasa sangat teruja dengan sambutan para pelajar dalam mempelajari kaedah jawi ae system ini.


Sebenarnya, program Celik jawi yang dianjurkan oleh sekolah tersebut dilaksanakan dua kali iaitu pada 18 Mei 2011 pada jam 2.00 hingga 5.00 pm dan pada 26 Mei 2011 bermula jam 10.00 am hingga 2.00 petang.

Al-hamdulillah, semua pelajar dapat menerima kaedah ini dengan cepat dan berkesan. mudah-mudahan ianya menjadi pilihan terbaik kepada pelajar dalam mempelajari jawi amnya dan dapat membantu para pelajar PMR dalam memperolehi markah dan gred terbaik di dalam peperiksaan PMR khususnya.

Terima kasih AE ucapkan kepada Panitia Agama Islam SMK Raja Perempuan Kelsom terutamanya Ustazah Zarina kerana mempercayai kaedah AE sistem dalam membantu para pelajar PMR beliau.

Thursday, April 21, 2011

AE BERADA DI SMK SERI PERKASA, HUTAN MELINTANG



Pada 21 April 2011, AE telah pergi ke SMK Seri Perkasa untuk menyebarkan kaedah jawi AE sistem ini kepada para pelajar sekolah tersebut. Seramai lebih kurang 60 orang pelajar yang terlibat dakan bengel jawi tersebut.



Ae ke sekolah tersebut atas jemputan dari Al- fadzil Ustaz Abduh di bawah Panitia Agama Islam sekolah tersebut. Apa pun jua, AE sungguh bertuah dapat ke sekolah tersebut kerana bukan sahaja dapat bertemu dengan rakan sekampung Sungai Batang, tetapi dapat beramah mesra dengan para pelajar SPM dan PMR yang baik dan bersungguh dalam mempelajari jawi



Ae mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menjemput Ae dan mempelajari kaedah jawi mudah ini. Semoga ianya dapat diamalkan dan digunakan di dalam peperiksaan nanti seterusnya menlonjakkan prestasi sekolah tersebut ke arah lebih cemerlang terutamanya dalam mata pelajaran Agama Islam.




Saturday, April 16, 2011

AE DI SK JATI, JELAPANG IPOH

Pada 16 April 2011 bersamaan hari sabtu, jam 2.30 petang , AE menerima jemputan dari SK Jati bagi memenuhi satu slot selama 2 jam dalam program kem ibdah, khusus untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang jawi inovasi ae sistem.



Al-Hamdulillah, para pelajar seronok dan gembira mempelajari kaedah jawi ae sistem ini. Walaupun agak tergesa-gesa iaitu 2jam sahaja namun, pelajar-pelajar sangat berminat dengan kaedah ini.



Mudah-mudahan para pelajar dapat mengamalkan dan menggunakan jawi ae sistem ini dalam pembelajaran di dalam kelas mahupun semasa menjawab peperiksaan atau ujian.


Program ini tamat jam 4.30 pm dan para pelajar meneruskan kem ibadah selepas solat asar secara berjamaah.