SINOPSIS

Kaedah 'ae' ialah inovasi jawi yang menggunakan beberapa kaedah dan formula untuk digunakan dalam mempelajari jawi di sampiing untuk menjayakan dan menyokong inovasi LASTKAD sebagai bahan yang mampu memberi kelainan dalam mempelajari jawi dengan bermain kad.


Saturday, April 16, 2011

AE DI SK JATI, JELAPANG IPOH

Pada 16 April 2011 bersamaan hari sabtu, jam 2.30 petang , AE menerima jemputan dari SK Jati bagi memenuhi satu slot selama 2 jam dalam program kem ibdah, khusus untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang jawi inovasi ae sistem.



Al-Hamdulillah, para pelajar seronok dan gembira mempelajari kaedah jawi ae sistem ini. Walaupun agak tergesa-gesa iaitu 2jam sahaja namun, pelajar-pelajar sangat berminat dengan kaedah ini.



Mudah-mudahan para pelajar dapat mengamalkan dan menggunakan jawi ae sistem ini dalam pembelajaran di dalam kelas mahupun semasa menjawab peperiksaan atau ujian.


Program ini tamat jam 4.30 pm dan para pelajar meneruskan kem ibadah selepas solat asar secara berjamaah.

0 comments:

Post a Comment