SINOPSIS

Kaedah 'ae' ialah inovasi jawi yang menggunakan beberapa kaedah dan formula untuk digunakan dalam mempelajari jawi di sampiing untuk menjayakan dan menyokong inovasi LASTKAD sebagai bahan yang mampu memberi kelainan dalam mempelajari jawi dengan bermain kad.


Saturday, April 9, 2011

AE SAMPAI DI DEARAH PERAK TENGAH
AE DI SABK MAAHAD AL-AZIZ PARIT, PERAK


Pada 09 April 2011 AE dijemput oleh Pengetua Pn. Malihah Bt. Mahmud dan PK Ko-Kurikulum SABK Maahad Al-Aziz, Parit untuk memberikan ceramah jawi inovasi; Jawi ae system. Proagram tersebut bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari.

Maahad Al-Aziz merupakan sekolah pertama bagi Daerah Perak Tengah yang sudi menjemput AE dan memberi kepercayaan sepenuhnya untuk membantu pelajar-pelajar sekolah tersebut mempelajari jawi di samping dijadikan LADAP bagi guru-guru sekolah tersebut.

AE sungguh bertuah sebenarnya pagi itu kerana sambutan yang sangat memberangsangkan dari semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkat 5 seramai lebih 100 orang dan guru-guru serta bukan guru yang juga terlibat sama mempelajari jawi ae system ini.


Apa yang menyebabkan Ae menjadi lebih gembira ialah berjumpa dengan guru AE semasa di SMKA Azlan Shah iaitu Pn. Solehah Bt. Baharom. Harap puan dapatlah warwarkan ke sekolah lain.

Akhirnya Ae mengucapkan berbanyak terima kasih kerana terus memberi kepercayaan dengan kaedah ABK Maahad Al-Aziz. Mungkin selepas ini AE akan terus disebarkan ke seluruh daerah perak tengah pula. Insyaallah.



0 comments:

Post a Comment