SINOPSIS

Kaedah 'ae' ialah inovasi jawi yang menggunakan beberapa kaedah dan formula untuk digunakan dalam mempelajari jawi di sampiing untuk menjayakan dan menyokong inovasi LASTKAD sebagai bahan yang mampu memberi kelainan dalam mempelajari jawi dengan bermain kad.


Thursday, April 21, 2011

AE BERADA DI SMK SERI PERKASA, HUTAN MELINTANG



Pada 21 April 2011, AE telah pergi ke SMK Seri Perkasa untuk menyebarkan kaedah jawi AE sistem ini kepada para pelajar sekolah tersebut. Seramai lebih kurang 60 orang pelajar yang terlibat dakan bengel jawi tersebut.



Ae ke sekolah tersebut atas jemputan dari Al- fadzil Ustaz Abduh di bawah Panitia Agama Islam sekolah tersebut. Apa pun jua, AE sungguh bertuah dapat ke sekolah tersebut kerana bukan sahaja dapat bertemu dengan rakan sekampung Sungai Batang, tetapi dapat beramah mesra dengan para pelajar SPM dan PMR yang baik dan bersungguh dalam mempelajari jawi



Ae mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menjemput Ae dan mempelajari kaedah jawi mudah ini. Semoga ianya dapat diamalkan dan digunakan di dalam peperiksaan nanti seterusnya menlonjakkan prestasi sekolah tersebut ke arah lebih cemerlang terutamanya dalam mata pelajaran Agama Islam.




1 comment: