SINOPSIS

Kaedah 'ae' ialah inovasi jawi yang menggunakan beberapa kaedah dan formula untuk digunakan dalam mempelajari jawi di sampiing untuk menjayakan dan menyokong inovasi LASTKAD sebagai bahan yang mampu memberi kelainan dalam mempelajari jawi dengan bermain kad.


Wednesday, August 19, 2009

KAEDAH ae SYSTEM

3 kaedah utama iaitu:


1. Prinsip 'TOLAK'
2. Prinsip 'TAMBAH'
3. Prinsip 'KEKAL'

2 Kaedah menulis jawi:

1. 'TOLAK' ( - )
2. 'TAMBAH' ( + )

MENGAPA ae SYSTEM PENTING

'ae' merupakan simbol 'a' dan 'e' di mana dua huruf inilah yang banyak dibuang ketika mengeja dan menulis jawi.

Huruf 'a' dibuang apabila ia berada ditengah-tengah sukukata seperti 'kan' menjadi 'kn' , 'man' menjadi 'mn' dan 'pan' menjadi 'pn'. Selepas huruf 'a' ditengah sukukata dibuang maka huruf yang tinggal diterjemahkan kepada huruf jawi. Sebagai contohnya 'kn' bila ditukar kepada huruf jawi menjadi 'kaf' dan 'nun' iaitu ( كن ) dan begitulah seterusnya.

Manakala 'e' ialah huruf 'e' yang berbunyi 'e'mak, wajib dibuang. Contohnya ialah 'ber' menjadi 'br', 'ter' menjadi 'tr' dan 'tem' menjadi 'tm'. Bila ditukar kepada huruf jawi 'br' menjadi ( بر تر تم ) dan sebagainya...

sekian...
CD JAWI ae SYSTEM


Selain kaedah ae dan kad inovasi ( magic card ) , kaedah ini dibantu dengan cd sebagai bahan bantu mengajar atau belajar. Cd ini lebih kepada untuk mengajar pelajar-pelajar, namun ia sesuai untuk kegunaan persendirian.

Perlukan CD Jawi ae SYSTEM
Ya. cd ini dugunakan untuk mengajar dan untuk menjadikan seseorang itu faham dengan lebih cepat. Ini kerana cd ini mengandungi program-program permaianan jawi, tunjuk ajar tentang kaedah ae system dan kuiz-kuiz yang mencabar pelajar.

CD ini amat sesuai untuk pemulihan pengajaran dan pembelajaran j-Qaf, pelajar-pelajar lemah PMR dan SPM

Tuesday, August 18, 2009

KAD MAGIK INOVASI


Kad huruf inovsi ini dikenali sebagai 'Alphabet Magic Card' ia mengandungi huruf-huruf penting ketika menulis jawi. Ia digunakan sebagai panduan dan rujukan huruf ketika menulis. Apa yang 'magic' nya ialah ia mengandungi 4 mukasurat yang kelihatan tetapi sebenarnya ia mengandungi 4 mukasurat yang tersembunyi yang menjadikan 8 mukasurat kesemuanya.

MENGAPA KAD INI PERLU?
Bagi mereka yang baru belajar jawi atau yang tidak tahu huruf-huruf jawi, kad ini sangat berguna. Ia menjadi rujukan untuk menulis bentuk-bentuk huruf jawi sebenar. Untuk mendapatkan kad 'magic' ini dan manual cara penggunaannya sila berhubung dengan email dn no telefon tertera.
7 HURUF PENTING DALAM JAWI

7 Huruf yang dimaksudkan ialah huruf ALIF ( ا ), WAU ( و ) , VI ( ؤ ) , RO ( ر ) , ZAI ( ز ) , DAL ( د ) dan ZAL ( ذ ). Huruf-huruf ini sangat penting dan perlu dihafal dan diingat. Tanpa huruf ini maka ejaan jawi tidak akan sempurna.

Melalui kaedah ae system ini, huruf-huruf tersebut ditandakan dengan tanda tolak (-). Tanda (-) bermaksud 'tulis semula huruf dihadapannya' atau 'angkat pensil'. Prinsip ini sangat penting untuk difahami kerana ianya yang bakal menjadikan sesuatu perkataan itu sebagai tulisan jawi.

Sekadar untuk pengetahuan...tiada kaedah sepertinya sebelum ini untuk memahamkan para pelajar tentang cara menyambung malah tiada penerangan yang sesuai yang digunakan sebelum ini bagi menerangkan samada suatu huruf itu bersambung atau tidak.

Apa yang berlaku dan menjadi masalah kepada sesiapa yang ingin mendalami tulisan dan ejaan jawi termasuklah para pelajar melayu kita ialah apabila dikatakan huruf WAU (و) contohnya tidak boleh disambung, maka yang terjadi pelajar-pelajar kita menulis dengan huruf wau tidak disambung dengan huruf sebelumnya.

Dengan kaedah ae system ini permasalahan sambung dan tidak sambung dapat diselesaikan dengan segera. Pelajar cepat memahami konsep sambung dan tidak sambung. Untuk keterangan yang lebih terperinci sila hubungi alamat email dan nombor telefon yang tertera di atas.

Monday, August 17, 2009

BELAJAR JAWI HANYA DALAM MASA 3 JAM

Tiada kaedah yang paling cepat belajar jawi di negara ini selain kaedah ae system ini. Ia bukan dicipta untuk mendapat keuntungan semata-mata tetapi atas dasar kajian terperinci terhadap ejaan jawi yang semakin rumit dan mengelirukan; bukan sahaja kepada pelajar-pelajar Islam di Malaysia tetapi guru-guru agama itu sendiri.

Bertitik tolak dari kajian itulah satu rumusan atau formula dibentuk yang diberi nama 'ae system'. Dalam era jawi yang semakin dilupakan...dan era jawi yang semakin kepupusan dikalangan pelajar melayu kita..ae system menjadi jalan penyelesaian yang paling tepat, bagi menjamin jawi terus kekal dan mengmebalikan tulisan jawi unggul dan digunakpakai bukan sahaja dikalangan umat Islam bahkan dikalangan bangsa India dan Cina seperti zaman penjajahan Inggeris dahulu.

Kaedah ini berlainan dengan kaedah biasa diajar di sekolah-sekolah dan kaedah ini tidak terdapat di mana-mana kedai atau gedung buku di mana sahaja. Kaedah ae System adalah kaedah di mana belajar dan mengajar jawi dengan menekankan 7 huruf utama daripada semua huruf hijaiyyah jawi yang ada. Pelajar tidak perlu mengenal semua huruf jawi dan tidak perlu menghafalnya sebaliknya dengan 7 huruf utama itu, para pelajar akan dapat menulis dan mengeja jawi dengan baik..