SINOPSIS

Kaedah 'ae' ialah inovasi jawi yang menggunakan beberapa kaedah dan formula untuk digunakan dalam mempelajari jawi di sampiing untuk menjayakan dan menyokong inovasi LASTKAD sebagai bahan yang mampu memberi kelainan dalam mempelajari jawi dengan bermain kad.


Thursday, October 21, 2010

AE BERSAMA PELAJAR-PELAJAR SMK MUHIBBAH

Pada 06 Febuari 2010 AE telah mencurah ilmu kepada para pelajar di SMK Muhibbah, Sungai Siput. Perak. Meraka terdiri dari pelajar-pelajar lemah dari kalangan pelajar SPM dan PMR. Alhamdulillah dengan kaedah jawi ae system, mereka lebih berminat mempelajari jawi dan dapat menulis apa jua perkataan yang diberikan.


AE MENJADI FASILITATOR DAN INOVATOR KEPADA GURU-GURU AGAMA ZON TENGAH




AE ketika memberi penerangan tentang inovasi yang dilaksanakan dan pengalaman dalam mencipta inovasi baru kepada guru-guru SMKA zon Tengah iaitu Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan.

PERSIDANGAN INOVSI PENDIDIKAN ISLAM 2009 PERINGKAT KEBANGSAAN


Pada 2 Disember 2009 telah diadakan satu Persidangan Inovasi Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan. Persidangan ini telah menjemput beberapa Inovator yang di setiap negeri bagi membentangkan inovasi-inovasi mereka. Persidangan itu telah berlangsung selama 3 hari yang dihadiri oleh Penysarah-pensyarah, Pengetua-pengetua dan guru besar, wakil di setiap jabatan, dan guru-guru termasuk para inovator.
Saya yang menjadi salah satu Inovator untuk membentangkan kaedah termudah mempelajari jawi telah menarik audien untuk mendekati kaedah ini. Saya juga bersyukur menjadi salah seorang pilihan yang anugerahkan sebagai inovator pilihan.


AE BERSAMA ADIK-ADIK DI SK LANEH, LUBUK MERBAU, KUALA KANGSAR



Pada 19 Oktober 2010 yang lalu, AE telah dijemput oleh Guru Agama SK Laneh iaitu Ustaz Uzair bagi mengisi program Tahun 6 selepas UPSR. Pelajar yang terlibat ialah seramai 24 orang yang mana bakal naik ke sekolah menengah pada tahun hdapan.

Bermula agak perlahan namun kefahaman pelajar dalam memahami konsep dan prinsip ae system, telah menjadikan mereka lebih pantas untuk menulis dan membaca jawi. Walaubagaimana pun ada beberapa orang pelajar yang agak lambat menerima kaedah ae system namun telah ada perubahan dari zero jawi kepada menulis perkataan yang ringkas dan mudah.

Terima kasih kepada Ustaz Uzair, walaupun program itu untuk mengisi waktu untuk Tahun 6 namun pastinya dapat membantu mereka apabila telah naik ke sekolah menengah kelah. Syukran wal hamdulillah.

Saturday, October 16, 2010

AE MELANGKAU KE HILIR PERAK DI SMK ABDUL RAHMAN TALIB, TELUK INTAN


Ustaz dan ustazah serta guru yang membantu bengkel jawi ae system.


Pada 16.10.2010 bersamaan sabtu, ae sekali lagi diberi penghormatan untuk membimbing pelajar-pelajar SPM di sekolah tersebut. Pelajar-pelajar yang pada mulanya agak keberatan hadir ke program jawi ae system lantaran hari cuti sekolah, ternyata mereka gembira dan bertuah mempelajari jawi dengan kaedah ae system. keberkesanannya dalam membantu pelajar-pelajar yang lemah dan tidak berminat telah menjadikan kaedah ae system semakin diyakini kaijaibannya ditambah pula dengan penggunaan kad magik huruf.

Kepada Ustaz Zaimuddin Hussin diucapkan terima kasih dan kepada para pelajar al-hamdulillah kerana minat dan perhatian luarbiasa yang diberikan. Semoga ia membantu dalam menningkatkan minat dalam jawi juga dalam menghadapi peperiksaan SPM kelak.

Wednesday, October 6, 2010

AE DI SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM, KUALA KANGSAR

Jemputan kali ini ialah untuk para pelajar Tingkatan 3 yang akan menghadapi PMR Tahun 2010. Sekali lagi AE diberi kepercayaan untuk membantu para pelajar PMR dalam memenuhi beberapa markah jawi dalam kertas Pendidikan Islam. Walaupun sedikit markah untuk jawi namun kesannya cukup besar terutama untuk mendapat A. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan mudah-mudahan membantu pelajar-pelajar dalam peperiksaan.

Saturday, October 2, 2010

AE DI SMK CONVENT, TAIPING

Program celik jawi di SMK Convent, Taiping diadakan pada 02 Oktober 2010. Bermula dengan Tingkatan 1, 2 dan 3, selama 2 jam iaitu 8.00am hingga 10.00. Manakala pelajar Tingkatan 5 pula bermula jam 10.30am hingga 12.30pm.


Pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 sedang menghayati kaedah ae untuk diaplikasikan dalam peperiksaan nanti.

Pelajar-pelajar tingkatan 5 mencuba menggunakan kad magik ae untuk menulis jawi.

Kepada guru-guru agama SMK Convent terutamanya Ustazah Rozita, tahniah kerana berjaya mengadakan proram celik jawi dengan jayanya dan AE mengucapkan terima kasih kerana menjadikan AE sebagai program jawi tahunan sehingga AE dapat membimbing semua pelajar SMK Convent dari masa ke semasa. Tahniah dan semoga AE dapat membantu pelajar-pelajar terutamanya Tingkatan 3 dan 5 dalam menghadapai peperiksaan.