SINOPSIS

Kaedah 'ae' ialah inovasi jawi yang menggunakan beberapa kaedah dan formula untuk digunakan dalam mempelajari jawi di sampiing untuk menjayakan dan menyokong inovasi LASTKAD sebagai bahan yang mampu memberi kelainan dalam mempelajari jawi dengan bermain kad.


Saturday, October 16, 2010

AE MELANGKAU KE HILIR PERAK DI SMK ABDUL RAHMAN TALIB, TELUK INTAN


Ustaz dan ustazah serta guru yang membantu bengkel jawi ae system.


Pada 16.10.2010 bersamaan sabtu, ae sekali lagi diberi penghormatan untuk membimbing pelajar-pelajar SPM di sekolah tersebut. Pelajar-pelajar yang pada mulanya agak keberatan hadir ke program jawi ae system lantaran hari cuti sekolah, ternyata mereka gembira dan bertuah mempelajari jawi dengan kaedah ae system. keberkesanannya dalam membantu pelajar-pelajar yang lemah dan tidak berminat telah menjadikan kaedah ae system semakin diyakini kaijaibannya ditambah pula dengan penggunaan kad magik huruf.

Kepada Ustaz Zaimuddin Hussin diucapkan terima kasih dan kepada para pelajar al-hamdulillah kerana minat dan perhatian luarbiasa yang diberikan. Semoga ia membantu dalam menningkatkan minat dalam jawi juga dalam menghadapi peperiksaan SPM kelak.

3 comments:

  1. terima kasih kepada ae kerana berjaya memantapkan pelajar saya untuk menjawab soalan jawi di dalam spm...yg tak disangka pelajar yang lemah 3M boleh pandai jawi..magic sungguh..tq,,tahun depan kena panggil awal sikit ...oh yea ..student tanya, kad tu boleh masuk exam spm tak??

    ReplyDelete
  2. haa pasal kad tu sama ada boleh bawak masuk periksa atau tidak kena lah tanya menteri pendidikan....he.he.he...

    ReplyDelete