Tuesday, February 22, 2011
AE MENERIMA JEMPUTAN DARI SK MANJOI 1
SK Manjoi 1 bersama AE di Infoternak Sungai Siput dalam menjayakan program motivasi Tahun 6. Pelajar-pelajar seramai hampir 90 orang kesemuanya telah didedahkan dengan jawi ae system ini.
Al-Hamdulillah, pada mulanya agak teragak-agak mungkin kerana jawi ae system merupakan sesuatu yang baru bagi mereka. Namun begitu setelah 1 jam berlalu, mereka mula berkeyakinan dalam menulis jawi. Mereka dapat meneruskan pembelajaran hingga ke akhirnya.
Disamping itu juga, guru-guru SK Manjoi yang turut serta dalam slot jawi ini merasa bertuah kerana dapat mempelajari ilmu yang baru. Terima kasih AE ucapkan kepada Guru-guru Agama yang menyusun program jawi ini, PK-PK dan guru-guru serta pelajar-pelajar KISDAR yang banyak membantu dalam menjadi fasilitator.
AE BERKUNJUNG KE SMK ST BERNEDATE CONVENT BATU GAJAH
Pada 12 Februari 2011, sekali lagi AE cuba membantu pelajar-pelajar SPM dan PMR dalam memartabatkan jawi. Sambutan pelajar-pelajar di sekolah tersebut cukup memberangsangkan. Ae bukan sahaja gembira dengan sambutan mereka, tetapi yang penting mereka dapat belajar sesuatu yang baru tentang jawi dan diharap dapat membantu mereka dalam peperiksaan nanti.
Pelajar-pelajar yang hadir dalam bengkel jawi tersebut adalah lebih kurang 200 orang kalau AE tidak silap dan mungkin lebih. Apa-apa pun AE berterima kasih kepada semua guru-guru kerana memberi peluang ini untuk memberi pengalaman jawi ae system kepada pelajar-pelajar.
AE BERSAMA PELAJAR-PELAJAR SK MANJOI 2
Tahun 2011 merupakan tahun yang sibuk dan menyaksikan penempahan tarikh-tarikh ceramah jawi ae sistem. Di sebalik kepenatan itu, tersembunyi satu kepuasan yang tidak terhingga kerana dapat menyebarkan kaedah jawi mudah ini. Namun apa yang lebih penting bagi saya...ialah dapat melihat anak-anak murid kita mula berminat dan seronok mempelajari jawi ini.
Pada 29 Januari 2011, AE bersama-sama dengan pelajar-pelajar dari SK Manjoi 2. Ae diberi kesempatan untuk mengisi slot selama 4 jam di dalam program Khemah Ibadah sekolah tersebut iaitu bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12.30pm.
Difahamkan, pelajar-pelajar sekolah tersebut telah mengadakan qiamullail dengan bersembahyang Tasbih pada malamnya. biarpun agak keletihan, alhamdulillah para pelajar dapat belajar dengan baik dan merasai keajaiban jawi ae sistem itu sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)