SINOPSIS

Kaedah 'ae' ialah inovasi jawi yang menggunakan beberapa kaedah dan formula untuk digunakan dalam mempelajari jawi di sampiing untuk menjayakan dan menyokong inovasi LASTKAD sebagai bahan yang mampu memberi kelainan dalam mempelajari jawi dengan bermain kad.


Tuesday, February 22, 2011

AE MENERIMA JEMPUTAN DARI SK MANJOI 1



SK Manjoi 1 bersama AE di Infoternak Sungai Siput dalam menjayakan program motivasi Tahun 6. Pelajar-pelajar seramai hampir 90 orang kesemuanya telah didedahkan dengan jawi ae system ini.



Al-Hamdulillah, pada mulanya agak teragak-agak mungkin kerana jawi ae system merupakan sesuatu yang baru bagi mereka. Namun begitu setelah 1 jam berlalu, mereka mula berkeyakinan dalam menulis jawi. Mereka dapat meneruskan pembelajaran hingga ke akhirnya.


Disamping itu juga, guru-guru SK Manjoi yang turut serta dalam slot jawi ini merasa bertuah kerana dapat mempelajari ilmu yang baru. Terima kasih AE ucapkan kepada Guru-guru Agama yang menyusun program jawi ini, PK-PK dan guru-guru serta pelajar-pelajar KISDAR yang banyak membantu dalam menjadi fasilitator.

0 comments:

Post a Comment